Majlis Jom Berkhatan Beramai-Ramai

2 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 1 December yang lalu, telah berlangsung Majlis Berkhatan Beramai Ramai tahun 2019 anjuran Surau Jumaat Al Hikmah dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Persatuan Penduduk Wilayah Persekutuan Batu, KRT PPR Beringin, JMB serta Persatuan Penduduk PPR Taman Beringin.

Seramai 44 peserta Berkhatan yang terlibat untuk tahun ini dengan pelbagai aktiviti diadakan. Peserta telah dimandikan dengan bantuan pihak Bomba yang hadir untuk memeriahkan lagi majlis berkhatan tersebut. Disamping itu, aktiviti sampingan yang dijalankan seperti Gubahan Tuala tercantik serta Acara hidangan lauk jenis Ikan menggunakan bahan cuka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali